Laporan Mingguan

2:42 AM Posted by mfgenerazione
Pada minggu ini pasukan MFG terpaksa brhadapan dengan 2 pasukan handalan ( kira favourite la ) iaitu Criterion dan Oneng. Manager Naim telah merangka beberapa strategi untuk di guna pakai . Walaubagaimanapun langit tidak selalu cerah .Kami telah tewas kedua -dua game . Secara amnya kem MFG berasa duka cita tetapi tetapi setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya . Antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan ini adalah beberapa pemain utama kami telah tercedera ketika sesi memanas badan dan agak kurang fit untuk bermain.Di harap penyokong kami di luar sana akan terus menyokong kami. Kami percaya , kami mampu untuk mengukir kemenangan pada minggu yang seterusnya
You can leave a response, or trackback from your own site.

1 Response to "Laporan Mingguan"

  1. Anonymous Said,

    "bagi mereka yang pernah merasai kekalahan, merekalah orang yang benar-benar memahami kemenangan"

    Posted on April 27, 2009 at 1:53 PM

     

Post a Comment